Perpustakaan Digital Percuma.

    Kecanggihan teknologi tanpa wayar masa kini memang tidak dapat dinafikan lagi.Pelbagai sektor telah memanfaatkan teknologi ini dalam tadbir urus dan pengoperasian syarikat mahupon organisasi masing-masing.Tambahan lagi di musim Pendemik Covid-19 ini kepentingan penggunaan teknologi tanpa wayar tidak dapat disangkal lagi.Kelumpuhan sektor ekonomi dan sosial boleh terjadi tanpa teknologi ini.

    Mengambil kira kepentingan ini, sektor pendidikan juga telah bertindak pantas mengintegrasikan penggunaan teknologi tanpa wayar dalam kebanyakkan urusan pengoperasian.Selain sekolah, kementerian, pusat pengajian tinggi, taska dan tadika sektor yang berkaitan dengan pendidikan secara tidak langsung terkena tempiasnya. 

    Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) turut melangkah maju dengan aplikasi tanpa wayar melalui Perkhidmatan u-Pustaka yang ditawarkan.U-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal yang tersedia di alamat  url www.u-pustaka.gov.my.  

    Berita gembira unntuk pencinta buku,U-pustaka menyediakan keahlian PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. Kelebihan sekiranya anda menjadi ahli u-pustaka antaranya ialah ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan. 

    Tak perlu lagi bersusah payah untuk ke Perpustakaan yang terletak jauh daripada rumah, segalanya kini di hujung jari!Apa yang lebih menarik, u-Pustaka turut menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.

    Jangan tunggu lagi, ajaklah rakan-rakan, keluarga dan sahabat handai anda menjadi ahli u-pustaka untuk membaca koleksi buku-buku yang disediakan!Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar keahlian anda!






Post a Comment

Previous Post Next Post