Manual Pengajaran & Pembelajaran PdPR

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

    Semua pihak perlu positif dan memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilihat sebagai kaedah terbaik ketika penularan Covid-19 masih belum reda.Pada ketika penularan Covid-19 ini, kita tidak ada pilihan lain. Mahu atau tidak, PdPR adalah pilihan yang terbaik walaupun impak PdPR tidak sama dengan pembelajaran bersemuka.

    KPM sentiasa membekalkan para guru paduan dan ilmu dalam memastikan kejayaan PdPR dan kelasungan dalam proses pembelajaran murid agar tidak ada murid yang tercicir daripada mengikuti pembelajaran.KPM juga telah menerbitkan Manual bagi membantu pemahaman guru dalam perlaksaaan PdPR.

    Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 dibangunkan sebagai penambahbaikan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. 4. Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

    Berikut adalah manual Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 untuk dimuat turun.




Post a Comment

Previous Post Next Post