Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) untuk setiap negeri

    Perlaksanaan Pengajaran dan pembelajaran di rumah telah bermula sejak Mac 2020 dan sehingga 2021 para guru begitu komited terhadap taggungjawab yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

    Demi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard untuk kegunaan guru-guru Malaysia yang diberi nama SPdPR, yang juga merupakan Sistem Pelaporan Standard Untuk Guru KPM bagi Setiap Negeri.

    Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.

    Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindakan susulan di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

    KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.Sistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Untuk para guru, berikut disediakan pautan Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) untuk setiap negeri:

Berikut disediakan : 
manual pengguna SPdPR


Post a Comment

Previous Post Next Post