Beliau berkata, ia merupakan anjakan baharu dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi menangani masalah jika sebahagian murid yang tidak dapat mencapai tahap sepenuhnya sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diamalkan sebelum ini.
“Tempoh dua bulan ini (Januari – Februari 2022) akan digunakan oleh KPM untuk melihat tahap penguasaan anak-anak, dan melihat bantuan, atau sokongan, atau dokongan, untuk mereka naik ke kelas berikutnya, serta memastikan mereka dah bersedia sepenuhnya.
“Untuk sebab itu, golongan murid yang ada tahap penguasaan yang lemah, maka fokus pada waktu (dua bulan) itu adalah bagi melaksanakan program intervensi, supaya mereka dapat menguasai tahap minimum sebelum naik ke tahap selanjutnya,” katanya lagi.Bagi murid yang mencapai tahap cemerlang pula, Radzi berkata, tempoh masa itu akan digunakan bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka, supaya terus cemerlang.
Jadi adik-adik yang bersekolah tu jika sekarang berada di tingkatan satu bulan tiga nanti barulah dapat naik tingkatan dua ya, harap bersabar.Walaupun umur dah meningkat tapi lewat sikit sahaja pun naik tingkatan.
credit image:BH Online
Post a Comment