Guru tolak vaksin tak boleh mengajar?

    Vaksin Covid-19 HALAL atau HARAM? begitulah persoalan yang diutarakan oleh sebahagian anti-vaksin.Selain meragui sumber vaksin itu sendiri, keberkesanan vaksin turut dipertikai sementelah terdapat bukti menunjukkan biarpun setelah menyutik dua dos vaksin masih terdapat lagi individu yang dijagkiti virus covid-19 yang seakan kebal terhadap vaksin tersebut.Jadi, apa perlunya mereka divaksin?
Tatkala Malaysia menerima ketibaan bekalan vaksin COVID-19 masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan bahan yang digunakan ketika penghasilan vaksin di mana ia diragui diambil dari unsur haram untuk umat Islam seperti DNA babi,  dan haiwan liar.
Ada juga berpendapat ia sebahagian konspirasi jahat Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengurangkan dan mengawal populasi penduduk dunia, serta pelan billionair Bill Gates untuk menjayakan ‘Plandemik’.
Dakwaan-dakwaan berat dikeluarkan golongan ini pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam hati orang ramai terutama umat Islam, sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang umatnya menggunakan benda yang haram.

    Sementara itu, pelbagai media sosial giat digunakan utuk mempromosikan pengambilan vaksin dikalangan orang awam terutama penjawat awam.Penjawat awam yang sihat akan menjadi penggerak kepada jentera kerajaan untuk melaksanakan program pemulihan semula ekonomi negara.

    Justeru guru-guru yang enggan mendapatkan vaksin Covid-19 ataupun digelar antivaksin tidak akan dibenarkan mengajar, berinteraksi atau bersama murid dalam kelas menjelang pembukaan sekolah bulan depan.Ini adalah demi keselamatan dan kebaikan bersama  terutama bagi mengekang penularan semula wabak ini.

    Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menegaskan, pihaknya juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang menolak suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, setakat ini, terdapat 2,500 daripada keseluruhan lebih 400,000 guru masih enggan menerima vaksin atas pelbagai alasan.Bagaimanapun katanya, sesi libat urus bersama guru-guru terbabit akan diteruskan bagi mengenai pasti keengganan mereka menerima suntikan vaksin tersebut.

Pemmbukaan sekolah kelak akan menyaksikan guru-guru yang tidak menerima vaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka atau berinteraksi dengan para pelajar di dalam kelas.Kemeterian juga akan mengeluarkan garis panduan kepada guru-guru yang enggan menerima vaksin ini mengenai tugas-tugas sesuai bakal dilakukan mereka apabila tidak boleh mengajar di dalam kelas.

    Kementerian komited untuk memastikan persekitaran di sekolah selamat untuk anak-anak mejelang pembukaan sekolah nanti dan akan memastikan ekosistem keseluruhan di sekolah itu adalah selamat untuk sesi pdpc bersemuka dan interaksi sesama komuniti dalam sekolah.

    Tambah Radzi,bagi guru-guru yang enggan menerima vaksin ada antaranya memberikan alasan faktor kesihatan, alergik ubatan, dan ada juga antara alasan lain yang diberikan guru yang enggan menerima suntikan vaksin tersebut seperti tidak yakin dengan vaksin.Beliau turut menekankan serta nasihatkan, guru-guru ini tampil menerima vaksin bagi menjamin keselamatan anak-anak dan juga rakan-rakan guru di sekolah.

Sementara itu, Radzi memberitahu, setakat ini, sebanyak 96.7 peratus guru telah menerima dos pertama suntikan vaksin dan 85.26 peratus pula lengkap menerima dua dos vaksin dengan jumlah tersebut akan bertambah menjelang Oktober depan.

Katanya, bagi tenaga sokongan seperti pekerja pembersihan, kantin dan keselamatan menyaksikan 73.71 peratus lengkap vaksinasi manakala 89.35 peratus menerima dos pertama vaksin.



Sumber gambar: Sinar Harian


Post a Comment

Previous Post Next Post